Pada 17 November 2024, satu lawatan daripada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor ke ILP Pasir Gudang bagi membincangkan perancangan bagi menghasilkan projek prototaip mesin pengimbas untuk gimik perasmian sempena Majlis Perasmian Hari Kastam Sedunia ke-43 Tahun 2025 yang akan berlangsung pada 21 Januari 2025 di PICC Putrajaya.
Dalam sesi perbincangan ini, turut dibincangan kerjasama lain yang boleh dilaksanakan antara pihak ILP Pasir Gudang dan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor. Pihak institut juga telah dijemput untuk melawat ke Pejabat Kastam di Terminal Feri Pasir Gudang. Pihak institut telah dibawa untuk melihat sendiri mesin pengimbas yang sebenar bagi memberi gambaran bagaimana mesin pengimbas yang dikehendaki oleh pihak Kastam.