07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Satu lawatan muhibah ke Syarikat STX Precision (JB) Sdn Bhd telah diadakan pada 19 November 2024. Lawatan diketuai oleh Dr Dayangku Suraya binti Awang Jafar, ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran bersama pegawai dari Bahagian Teknologi Pembuatan (Pemesinan), Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die), serta pegawai dari Unit CESS dan BKKL.

Objektif lawatan ini bertujuan membincangkan berkaitan cadangan pihak syarikat untuk berkolaborasi dengan pihak ILP Pasir Gudang bagi menjalankan program SLDN. Turut dibincangkan kesediaan pihak syarikat mengambil graduan dari institut ini untuk bekerja di syarikat tersebut serta mengalu-alukan pengajar institut ini untuk menjalani Latihan Sangkutan Industri di sana.

Turut serta dalam lawatan tersebut 2 orang pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan yang telah memberi khidmat nasihat berhubung pelaksanaan SLDN serta PPT kepada pihak pengurusan syarikat yang hadir.

Pegawai yang hadir juga telah dibawa melawat ke bahagian operasi syarikat bagi melihat sendiri bagaimana proses penghasilan produk dilakukan di sini. Dalam lawatan tersebut pihak institut telah bertemu dengan 3 orang alumni dari ILP Pasir Gudang iaitu En. Muhamad Fitri Bin Dugal, Assistant Manager di Tooling Department (graduan keluaran sesi 2000 dari Bahagian Pemesinan)), En. Md Hassan bin Sani, Assistant Engineer di Engineering Department (graduan keluaran sesi 2004 dari Bahagian Pemesinan) dan En. Muhammad Zul Akmal bin Zuraimi yang sekarang bertugas sebagai Maintenance Technician bagi mesin CNC (graduan keluaran sesi 2019 dari Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal).

Skip to content