Bahagian Penjaga Jentera Eelektrik ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Kekomptenan Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A4 (Separuh Masa) bermula 02 Februari 2024 hingga 28 Disember 2024, dimana program ini telah disertai oleh seramai 20 orang peserta yang mempunyai latar belakang dan pengetahuan tentang elektrik khususnya yang telah memegang Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 atau Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A1. Program ini telah dijalankan secara bersemuka di ILP Pasir Gudang dan disampaikan oleh pengajar En Mohd Khairul bin Ramlan, En Mohd J Sen bin Alias dan Pn Kamariah binti Abd Rahman dari bahagian Penjaga Jentera Elektrik serta pengajar jemputan Pn Azura Hani binti Hamdan dari bahagian Teknologi Elektronik Industri. Pembelajaran adalah merangkumi aspek teori, amali dan lisan bagi melayakkan mereka menduduki Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A4 oleh Suruhanjaya Tenaga.
