12-16 Februari | Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke 27 2025 sedang berlangsung di Bukit Layang-layang Pasir Gudang, Johor. Penglibatan ILPPG dalam festival ini sebagai volunteer petugas padang semasa pertandingan berlangsung, menyertai booth pameran bagi mempromosikan program sepenuh masa dan KJP TVET JTM, menyediakan kursus KJP percuma dan menyertai pertandingan Rokaku (penyertaan 4 pasukan team ILPPG dan telah memenangi tempat ke2, 3, 5 dan 6 drp 16 pasukan yg bertanding di peringkat akhir petang ini).
Dengan penyertaan program festival peringkat antarabangsa ini, dapat membantu institut mencari calon-calon pelajar program sepenuh masa untuk sesi intake berikutnya dan peserta kursus KJP, memperkenalkan produk ILP Pasir Gudang dan TVET JTM kepada pengunjung serta menjalinkan hubungan baik dengan rakan strategik penganjur.
