Kumpulan Qasidah ILP Pasir Gudang sekali lagi dijemput untuk mengendalikan bacaan Yasin dan doa selamat sempena pembukaan Kilang Amenda Leckers di IKS Pasir Gudang.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan pembacaan surah Yasin dan doa di dalam kilang tersebut. Semua aktiviti ini dipimpin oleh pelajar ILPPG.
Pengarah Urusannya, Puan Faizah Binti Zakaria yang juga ALUMNI ILPPG melahirkan rasa syukur dan gembira kerana dapat menjalankan program ini bersama anak didik ILPPG. Beliau berharap para pelajar dapat menuntut ilmu bersungguh-sungguh dan berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya. Di akhir majlis, bacaan qasidah didendangkan bagi menyemarakkan suasana malam tersebut.
