Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian berjaya menganjurkan Kursus Jangka Pendek Industrial Instrumentation & Control Operation and Maintenance Level 3 yang telah berlangsung pada 24 Ogos 2024 hingga 22 Februari 2025. Kursus ini diadakan setiap hari Sabtu (8 pagi-5 petang) dengan jumlah keseluruhan 22 kelas. Kursus dihadiri seramai 17 orang peserta, terdiri daripada pekerja industri dan dilaksanakan di Bengkel Teknologi Instrumen Perindustrian, ILP Pasir Gudang. Pelbagai topik berkaitan Instrumentasi dan Kawalan telah disampaikan, antaranya Instrumentation & Control Safety Application, Instrumentation & Control Operation, Instrumentation & Control Pre-commissioning Preparation, Instrumentation & Control Maintenance and Troubleshooting, Instrument Verification and Calibration, Control System Configuration dan Instrumentation & Control Supervision. Kursus ini berjaya mencapai objektifnya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang Instrumen.
