Bulan Ramadan sememangnya amat dinanti-nanti oleh semua umat Islam. Perihal ini tidak terkecuali oleh warga ILP Pasir Gudang khususnya para pelajar. Antara program awal yang dianjurkan oleh Biro Kerohanian & Khidmat Sosial MPP ILPPG ialah :-
i. Kempen solat subuh berjemaah
ii. Program bacaan wirid Rasulullah ~ dijalankan selepas solat subuh
iii. Program Love Hadis ( bacaan hadis 10 minit sebelum zohor )
iv. Program bacaan yasin dan tahlil ( 6.30 petang )
v. Majlis berbuka puasa @ Mawaddah
vi. Bacaan Doa Selamat (selepas solat Maghrib)
vii. Tazkirah maghrib
viii. Tadarus Al Quran (selepas solat tarawih)
Biro kerohanian juga telah berkolaborasi dengan Biro Keusahawanan dan Biro Kebajikan bagi menjalankan Program Happy Food Ramadan. Satu bentuk program keusahawanan yang menawarkan harga rendah disamping dapat mendidik jiwa pelajar. Para pelajar yang membaca doa keberkatan keatas warga ILPPG,akan diberikan harga runtuh terhadap makanan yang dibeli. Bahkan para pelajar berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa duit raya. Apa yang dianjurkan ini sudah semestinya memberikan suasana yang istimewa sempena Ramadan Al Mubarak di ILP Pasir Gudang.
