Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah menganjurkan program “The Intelligent” kepada pelajar perempuan ILPPG. Antara objektif program ini ialah untuk merapatkan ukhuwah sesama mereka dengan cara menjalankan aktiviti memasak juadah berbuka puasa bersama-sama, membaca quran dan solat taraweh bersama.
Program ini dikendalikan oleh Cik Siti Maisarah Binti Mohd Asri yakni pelajar bidang Kaunseling ,Melaka International College Of Science & Technology yang sedang menjalani latihan industri di ADTEC Pasir Gudang.
