Lawatan Sesi Verifikasi PPL bagi Program SLDN Operasi Pemesinan (C259-006-02:2020) telah diadakan untuk menilai keterampilan 9 orang perantis dalam bidang. Seramai 2 orang coach dari Syarikat KJ Can Johor Sdn Bhd, penyelaras syarikat, penyelaras pusat latihan dan pengajar telah hadir bersama Pegawai Pengesah Luaran SLDN iaitu En. Samsul Bin Itam sepanjang proses verifikasi dijalankan. Sesi verifikasi ini berlangsung selama 2 hari bermula dari 22 April 2025 sehingga 23 April 2025 di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan aktiviti semakan portfolio, buku log perantis serta peperiksaan akhir teori dan amali. Mesyuarat Penutup telah dijalankan pada 23 April 2025 bertempat di Bilik Diskusi dan hasil verifikasi ialah semua perantis telah terampil penilaian yang telah berlangsung. Tahniah diucapkan kepada semua perantis!
