07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 26 April 2025, satu program promosi ADTEC Pasir Gudang telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Taman Rinting 2, Pasir Gudang. Program ini diadakan bersempena dengan Hari Keusahawanan sekolah tersebut. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di ADTEC Pasir Gudang, selain menarik minat mereka untuk meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.

Sepanjang program berlangsung, pihak ADTEC telah membuka booth promosi di kawasan tapak Hari Keusahawanan. Pelbagai maklumat berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan di ADTEC Pasir Gudang telah dikongsikan, termasuk syarat kemasukan, tempoh pengajian, kemudahan kampus serta peluang kerjaya yang tersedia selepas tamat pengajian.

Bagi memantapkan lagi aktiviti promosi, seramai tiga orang pelajar dari Jabatan Elektrik ADTEC Pasir Gudang turut hadir membantu. Mereka memainkan peranan penting dalam memberi penerangan dan berkongsi pengalaman belajar di ADTEC dengan para pelajar sekolah. Kehadiran mereka telah memberi impak positif kerana pelajar sekolah lebih mudah memahami pengalaman sebenar dunia pengajian teknikal.

Secara keseluruhannya, program promosi ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar serta guru-guru Sekolah Menengah Taman Rinting 2. Diharapkan program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan teknikal dalam kalangan pelajar, serta menarik lebih ramai pelajar untuk menyambung pengajian di ADTEC Pasir Gudang pada masa akan datang.

Skip to content