07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Taiping, 27 April 2025 – Pasukan Robot (SCORP) dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah memperoleh pengalaman yang membanggakan di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka dalam Perak International Robot Competition (PIRC) 2025 anjuran Persatuan i-Robotic Pulau Pinang yang berlangsung dari 25 hingga 27 April 2025 di ADTEC JTM Kampus Taiping, Perak.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini menyaksikan penyertaan lebih daripada 900 penyertaan dari pelbagai kategori, termasuk penyertaan dari negara-negara luar seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Jepun dan Mexico.

Pasukan SCORP menyertai pertandingan dalam dua kategori utama:

• Robot Sumo 1kg RC – 2 penyertaan

• Robot Sumo 3kg RC (Magnetic) – 1 penyertaan

Delegasi pasukan terdiri daripada 3 orang pegawai dan 6 orang pelajar yang mewakili kedua-dua kampus. Dalam pertandingan tersebut, pasukan SCORP berjaya mencatatkan keputusan memberangsangkan:

• Tempat ke-3 Kumpulan dalam kategori Robot Sumo 3kg RC (Magnetic)

• Tempat ke-6 Kumpulan bagi pasukan Robot Sumo 1kg RC (SCORP B)

• Tempat ke-8 Kumpulan bagi pasukan Robot Sumo 1kg RC (SCORP A)

Penyertaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan teknikal dan kreativiti pelajar dalam bidang robotik, malah menjadi bukti kemampuan mereka bersaing di peringkat antarabangsa.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Diharap pengalaman ini menjadi dorongan untuk pelajar terus mengejar kecemerlangan dalam bidang teknologi dan inovasi.

Pasukan SCORP akan terus mempersiapkan diri bagi menghadapi lebih banyak pertandingan di masa depan, dengan matlamat untuk mengharumkan nama Jabatan dalam bidang robotik.

Skip to content