29 April 2025 Johor Skill Pasir Gudang, telah berlangsung satu lawatan muhibbah daripada Pengarah Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG) ke Johor Skills bagi mengadakan sesi pertemuan rasmi bersama Pengarah Johor Skills.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama strategik dan kolaborasi antara kedua-dua institusi latihan kemahiran. Pelbagai cadangan program telah diketengahkan termasuk pembangunan kurikulum bersama, serta pelaksanaan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan industri.
Kerjasama ini dilihat sebagai satu langkah positif ke arah memperkukuh jaringan institusi TVET serta memperluaskan impak latihan kemahiran demi manfaat pelatih, industri dan negara secara keseluruhannya.
Semoga jalinan ini akan terus berkembang dan memberikan hasil yang bermanfaat untuk semua pihak.
