30 April 2025, SMK Taman Megah Ria: Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Taman Megah Ria telah menjemput ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang untuk membuka kaunter penerangan sempena Program Pameran Kerjaya 2025.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sekolah menengah mengenai peluang pendidikan dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional (TVET). Ia juga bertujuan untuk mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan khususnya dalam bidang Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPD).
Skuad ILP On-Spot terdiri daripada Puan Hazalinda binti Husin (Ketua Bahagian) dan Puan Rinawaty binti Mahmud daripada Kursus Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPD). Mereka turut dibantu oleh empat orang pelajar IPD yang bertindak sebagai rakan promo dalam memberikan maklumat serta berkongsi pengalaman bersama pelajar-pelajar sekolah.
Diharapkan dengan penyertaan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dalam pameran ini, para pelajar akan lebih jelas tentang pilihan yang ada selepas tamat persekolahan, khususnya dalam bidang kemahiran. Program ini juga diharap dapat menarik minat pelajar untuk menceburi bidang teknikal yang mampu menjamin masa depan kerjaya yang stabil dan berdaya saing.
