07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

30 April 2025, SMK Pengerang Utama: SMK Pengerang Utama telah menjemput ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang untuk menyertai pameran sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2024 dan Program Menjejaki Menara Gading. Program ini merupakan inisiatif promosi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kepada pelajar lepasan SPM dan pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 bagi membuka laluan kerjaya dalam bidang kemahiran.

Skuad ILP On-Spot terdiri daripada Encik Bukhaari bin Miskam, Pengajar Kursus Teknologi Pembuatan (Perkakasan Dai) dan Encik Redha Anwar bin Mohamad daripada Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL). Mereka turut dibantu oleh dua orang pelajar TD yang bertindak sebagai rakan promo dalam memberikan maklumat serta berkongsi pengalaman bersama pelajar-pelajar sekolah.

Sepanjang Skuad ILP On-Spot di SMK Pengerang Utama, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menarik minat pelajar terhadap pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET). Antara pengisian utama ialah pameran pendidikan yang memaparkan kursus-kursus yang ditawarkan terutamanya dalam bidang Teknologi Pembuatan (Perkakasan Dai). Program ini turut menyediakan ruang untuk sesi soal jawab di mana pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan wakil skuad yang ada.

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan berjaya menarik perhatian pelajar serta membuka minda mereka terhadap potensi besar yang ditawarkan oleh bidang TVET terutamanya di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Skip to content