07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seramai 25 kakitangan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai telah menghadiri dengan jayanya kursus yang telah berlangsung selama 2 hari pada 29 & 30 April 2025. Antara Objektif kursus di adakan ialah memahami pelbagai jenis alat pemadam api, mempelajari cara penggunaan alat pemadam api dengan betul, mempelajari langkah selamat bertindak mengawal kebakaran kecil dengan selamat dan berkesan.

Antara topik-topik yang dipelajari adalah pengenalan kepada api, segitiga api, kelas-kelas api, alat-alat untuk memadamkan api termasuk alat pemadam api, hose dan fire blanket, fasa kemerebakan api, insiden dan kecemasan di tempat kerja, pelan tindakan kecemasan, pelan pengungsian bangunan dan praktikal pemadaman api mengunakan alat pemadam kebakaran, hose, tatacara menyelamat dan memberi rawatan kecemasan dan simulasi pengungsian bangunan semasa kecemasan. Kursus ini diakhir dengan sesi ujian bagi menguji kefahaman kakitangan yang mengikuti kursus.

Skip to content