07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kulai, 3 Mei 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah mengambil bahagian dalam Karnival TVET dan Kerjaya Kulai 2025 yang telah berlangsung di Dewanraya Putra, Bandar Putra, Kulai. Karnival ini dianjurkan oleh Majlis TVET Negara Parlimen Kulai dan Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan, serta Majlis Perbandaran Kulai.

Penyertaan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang diwakili oleh Puan Hazalinda binti Husin selaku Ketua Bahagian dan Puan Rinawaty binti Mahmud, pengajar daripada Kursus Teknologi Rekabentuk Produk Industri (IPD). Mereka telah membuka reruai pameran yang menampilkan pelbagai maklumat berkaitan kursus, peluang latihan kemahiran, dan laluan kerjaya dalam bidang TVET.

Antara objektif penyertaan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dalam karnival ini adalah:

• Menyebarkan kesedaran tentang peluang pendidikan dan latihan kemahiran di bawah TVET.

• Memberi pendedahan kepada pelajar dan masyarakat tentang prospek kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional.

• Menjalin kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan dalam memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

Pihak institut berharap agar karnival ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang teknikal dan vokasional dan menyumbang kepada usaha melahirkan tenaga kerja mahir selaras dengan keperluan industri. Selain itu, dapat mengukuhkan peranan institusi TVET sebagai pemacu pembangunan negara.

Skip to content