07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Bengkel Automotif Kolej Vokasional Kajang yang diketuai oleh En. Muhamad Faizul Bin Arshad, bersama dua orang jurulatih dan dua peserta Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) bagi bidang Teknologi Automotif.

Sepanjang lawatan, En. Samsudin selaku Pengajar Automotif KV Kajang merangkap Jurulatih Negara Asean Skills telah berkongsi pelbagai maklumat penting berkaitan pertandingan WSMB serta memberikan bimbingan khusus kepada para peserta.

Rombongan turut berpeluang melawat bengkel automotif, meninjau kemudahan latihan yang tersedia, dan bertukar pandangan serta pengalaman bersama pengajar KV Kajang.

Semoga lawatan ini memberi inspirasi dan pendedahan bermanfaat kepada para peserta dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pertandingan WSMB!

Skip to content