07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bengkel Penyusunan Semula & Pengukuhan Organisasi bagi Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Zon Selatan telah bermula hari ini, 5 Mei 2025 dan telah berlangsung selama dua hari hingga 6 Mei 2025 di ADTEC JTM Kampus Senai.

Bengkel ini bertujuan membincang, menilai serta merangka strategi penstrukturan semula dan pengukuhan organisasi ADTEC Zon Selatan. Inisiatif ini adalah langkah proaktif bagi memastikan setiap institusi di bawah zon ini beroperasi secara lebih cekap, responsif dan berkesan, sejajar dengan keperluan industri serta aspirasi pembangunan modal insan & bakat mahir negara.

Bengkel ini turut disertai oleh kampus-kampus dari seluruh Zon Selatan termasuk Proton Institute, ADTEC JTM Kampus Selandar, Kampus Bukit Katil, Kampus Tangkak, Kampus Batu Pahat, dan Kampus Mersing. Kehadiran mereka melambangkan komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kolaborasi dan perkongsian kepakaran antara institusi.

Komitmen padu turut ditunjukkan oleh ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai (PG&S) melalui penyertaan daripada Pengarah, Timbalan Pengarah (Operasi), Penolong Pegawai Tadbir (PPT) dan pegawai pengurusan kanan yang lain. Kehadiran mereka amat signifikan dalam menyumbang pandangan strategik dan kepakaran berdasarkan pengalaman mengurus institusi latihan kemahiran yang berteraskan hubungan erat dengan industri.

Diharapkan bengkel ini akan mencapai matlamat utamanya dalam merumuskan cadangan penstrukturan organisasi yang mantap, demi memperkukuh peranan ADTEC JTM Zon Selatan sebagai peneraju latihan TVET yang relevan dan berimpak tinggi kepada negara.

Skip to content