07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 9 Mei 2025 – Seramai 11 orang pelajar dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah terpilih untuk menyertai Kejohanan Olahraga Kali Ke-38 anjuran Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 3 sebagai Pegawai Teknikal bagi membantu melancarkan perjalanan pertandingan tersebut.

Program ini berlangsung pada hari Jumaat, 9 Mei 2025, dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di padang SK Pasir Gudang 3, Air Biru. Penyertaan ini adalah hasil jemputan rasmi daripada pihak pengurusan sekolah dan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL).

Penyertaan pelajar sebagai pegawai teknikal ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman sebenar dalam pengurusan acara sukan. Inisiatif ini juga menjadi wadah kepada pelajar untuk menzahirkan semangat sukarelawan serta memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Penglibatan aktif pelajar dalam program sebegini membuktikan komitmen ADTEC dalam melahirkan graduan holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang teknikal, malah aktif dalam aktiviti kemasyarakatan melalui penjenamaan Wira Kesuma.

Disamping itu, pelajar-pelajar ini turut menyertai dan memenangi pertandingan Tarik Tali yg dianjurkan pihak sekolah kepada ibu bapa dan jemputan.

Skip to content