07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 10 Mei 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah mengambil bahagian dalam Pameran Eksplorasi Bahasa & Kerjaya Peringkat Daerah Pasir Gudang Tahun 2025 yang berlangsung di SMK Tanjung Puteri Resort, anjuran Bidang Bahasa dan Unit Kokurikulum.

Pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang-peluang kerjaya yang wujud dalam pelbagai bidang serta peranan kemahiran bahasa dalam dunia pekerjaan. Penyertaan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang adalah sejajar dengan komitmen institut dalam memperkenalkan program-program TVET yang ditawarkan kepada para pelajar sekolah menengah.

Delegasi ADTEC terdiri daripada Pn. Punitha, Ketua Jabatan Akademik & Pembangunan Insan, dan Hjh. Edayu binti Mohd Yusof, Kaunselor, yang bertindak sebagai pempamer serta wakil rasmi dalam memberikan penerangan dan sesi konsultasi kepada para pelajar dan guru yang hadir.

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan yang diberikan. Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk kesedaran awal dalam kalangan pelajar tentang kepentingan ilmu dan kemahiran dalam membina masa depan yang berjaya.

Skip to content