Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-23 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Taman Megah Ria telah berlangsung dengan jayanya yang dirasmikan oleh Pengarah ADTEC Kampus Pasir Gudang Dan Kampus Senai, Ts Dr Azli Amin bin Ahmad Raus.
Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum serta memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak institut, pihak sekolah dan ibu bapa.
Majlis ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa, guru-guru, komuniti setempat dan pelajar yang menyemarakkan suasana.
Pelbagai anugerah telah diberikan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan serta bidang-bidang lain seperti kepimpinan, sukan dan Hal ehwal pelajar. Dalam ucapan tuan pengarah menekankan pentingnya peranan serta kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam membentuk generasi yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia. Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang menerima anugerah pada hari tersebut menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
Pihak institut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada SMK Taman Megah Ria serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini Dengan jayanya juga mengharapkan kerjasama erat antara institusi pendidikan dan masyarakat yang berterusan demi kecemerlangan pendidikan dan masa depan anak-anak.
