Premis Tambahan bagi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang iaitu Kampus Senai telah diverifikasi oleh 2 panel lantikan dari JPK pada 14 Mei 2025 bagi program EE-021-3:2012 – Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik dan MC-040-3:2013 – Pembangunan Produk Industri. Barisan panel terdiri daripada En. Ali bin Kassim dan Pn. Norfadhilah Binti Mohamad Azmi serta diketuai oleh pegawai JPK Pn. Nor Azizi Binti Abdullah. Para panel telah melakukan semakan dokumentasi program berkaitan sebelum melawat bengkel dan kemudahan di premis bagi melihat kemudahan infrastruktur dan latihan yang disediakan.
Secara keseluruhan, barisan panel berpuas hati dengan persediaan yang telah dilakukan oleh pihak kolej dan mengesyorkan kedua-dua bidang diperakui untuk penambahan premis latihan mengikut kapasiti seperti yang dipohon.
