07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah mengadakan lawatan penandaarasan ke ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu. Tujuan utama lawatan adalah untuk mendapatkan perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mengikut standard ISO 45001:2018, khususnya dalam aspek pengurusan risiko dan budaya kerja selamat di institusi latihan.

Antara pengisian lawatan adalah taklimat pelaksanaan, sesi perkongsian pengalaman pensijilan & pemantauan audit dalaman ISO 45001:2018 oleh En. Muhammad Zulkarnain Yazed sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) kampus tersebut. Selain itu lawatan ke bengkel Bahagian Teknologi Elektrik turut diadakan bertujuan untuk perkongsian dan penambahbaikan operasi latihan sedia ada. Delegasi juga berpeluang meninjau kemudahan latihan, penggunaan peralatan industri, dan pendekatan pengajaran yang selari dengan kehendak industri semasa di bengkel tersebut.

Pihak kami amat menghargai kesudian ADTEC JTM Kota Kinabalu menerima lawatan ini di samping berkongsi ilmu yang amat bermanfaat untuk memperkasakan latihan TVET kampus kami.

Skip to content