07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 13 dan 14 Mei 2025 telah berlangsungnya sesi penilaian Welder Qualification Test (WQT) serta penilaian Program Advance Pipe Fitter VISTA I-Plus Petronas -JTM Di ILP Pasir Gudang. Modul Advance Pipe Fitter di ILP Pasir Gudang ini merupakan pelaksanaan sulung di bawah inisiatif VISTA I-Plus.

Pihak industri juga turut serta semasa penilaian berlangsung berikutan susulan daripada pelancaran VISTA I-Plus Engagement Network (VEN) Wilayah Selatan yang lalu, di mana komitmen padu telah diberikan oleh pemain industri untuk menyokong penuh pembangunan kualiti program dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET. Antara pihak industri yang hadir semasa sesi penilaian berlangsung adalah syarikat-syarikat Industri Oil & Gas Malaysia di bawah Petronas Project iaitu NSF Engineering, Dominant, HMC, MMHE, AKEF, First Oil Eng. Sdn Bhd, Poratha dan Fast Track Engineering.

Turut hadir dari Petronas HQ iaitu En. Shahrul Reza B Zaikhuddin, En. Adi Aswan B Abdullah, En. Shahrulreza, M Zamri B Abu Bakar serta Team Instep iaitu En. Zaimi Ahmad, En. Mohd Azrul Azman, En.Wan Ahmad Abqari Bin Wan Rosli dan En Abd. Rahman Bin Ramli. Selain itu, pasukan media VISTA I-Plus turut hadir sepanjang sesi ini bagi tujuan liputan dan promosi, memandangkan ini merupakan inisiatif perintis yang signifikan kepada ekosistem TVET negara dimana ILP Pasir Gudang merupakan antara institusi yang aktif dalam penglibatan program VISTA, khususnya dalam bidang teknikal yang kritikal kepada industri minyak dan gas.

Program penilaian ini dimulakan sesi pengenalan bersama tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus kepada pihak Petronas, Industri serta pihak media VISTA I-Plus. Pihak Industri turut mengadakan sesi perbincangan bersama dalam memberi penambahbaikan dari sudut teknikal dan modul mengikut standard industri Oil & gas terkini. Seramai 19 orang pelajar di bawah Program Welder Qualification Test (WQT) dan 12 orang pelajar dibawah Program Advance Pipe Fitter telah mengikuti program VISTA I-Plus Petronas-JTM bagi sesi 1/2025 di ILP Pasir Gudang.

Skip to content