VISTA Teknikal Audit telah dilaksanakan di ILP Pasir Gudang bagi Program Advanced 6G Welding dan Advance Pipe Fitter pada 14-15 Mei 2025 oleh 2 orang pegawai dari Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) iaitu En Abd. Rahman Bin Ramli dan En Wan Ahmad Abqari Wan Rosli. Pengauditan dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Operasi ILP Pasir Gudang, En Zuraidy Bin Kadir pada jam 10.30 pagi dan diteruskan dengan sesi pengauditan di bengkel Program Advanced 6G Welding pada 14/5/2025 dan Program Advance Pipe Fitter pada 15/5/2025. Skop audit merangkumi Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar (HSE), penyelenggaraan peralatan latihan, perlaksanaan latihan dan semakan inventori. Mesyuarat penutup Vista Teknikal Audit sesi 1/2025 telah diadakan pada 15/5/2025 dan dipengerusikan oleh wakil dari BPPA iaitu En. Muhammad Rizie Bin Ahmad pada jam 1.00 tengahari.
