07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

13 Mei 2025 : Satu lawatan industri telah diadakan ke Syarikat MSP Metrology (M) Sdn. Bhd. Lawatan ini melibatkan tiga orang pelajar yang telah berjaya dalam sesi temuduga bersama pihak syarikat pada 6 Mei 2025 yang lalu. Mereka telah diiringi oleh dua orang pengajar bidang Teknologi Penyenggaraan Mekanikal iaitu Cik Liana Nabila binti Mohd Shah dan En. Mohd Sani bin Ramli.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang suasana dan persekitaran tempat kerja sebelum mereka memulakan kerjaya mereka di syarikat tersebut. Lawatan ini juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama di antara ILP Pasir Gudang dan pihak industri.

Skip to content