16 Mei 2025 I Pihak ILP Pasir Gudang berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Syarikat Kian Joo Can Factory (KJCF) yang diketuai oleh Encik Lin Wai Hoong selaku Ketua Bahagian Sumber manusia bersama 5 orang kakitangan lain untuk sesi perbincangan berkenaan pelaksanaan kursus upskilling kakitangan syarikat dan perancangan Program Akademi Dalam Industri (ADI) dalam bidang Penyenggaraan Mekanikal. Turut dibincangan perancangan pihak syarikat untuk mengadakan taklimat serta sesi temuduga kepada pelajar ILPPG yang akan menjalani Latihan Industri pada bulan Julai ini serta perancangan mengadakan program Corporate Social Responsibility (CSR) pihak ILPPG bersama pihak syarikat.
