07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

PUTRAJAYA, 16 Mei 2025 – Satu sesi pembentangan dan perbincangan bagi Program Kampung Angkat Madani (KAM) telah diadakan bersama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Datuk Rospiagos bin Taha, di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Putrajaya.

Pembentangan telah disampaikan oleh Ts Haji Yasir bin Aziz, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran (BPK) selaku Ketua Projek KAM. Turut hadir dalam sesi ini ialah Hajah Norlisa Rahmat, Ketua Unit Jalinan Industri sebagai Urusetia Program; Ts Dr Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat JTM, pegawai-pegawai Ibu Pejabat JTM serta peegawai ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Sesi perbincangan juga melibatkan wakil komuniti, En. Tukimin bin Aziz, Ketua Kampung Kampung Baru Sri Aman dan rangkaian, serta wakil dari Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JKPP) iaitu En. Muhammad Rizal bin Rahmat, Puan Zaleha binti Aziz, dan En. Johan bin Jamil.

Skip to content