07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Jangan kata duduk di asrama itu membosankan! Pelajar ADTEC Pasir Gudang kini boleh isi masa hujung minggu dengan ilmu dan aktiviti yang bermanfaat. Surau Al Mawaddah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Bengkel Masakan Tradisional pada setiap hari Sabtu malam Ahad, khas untuk para pelajar yang berada di kampus.

Antara menu yang telah dan akan dipelajari; Popia Rangup Homemade, Onde-onde Manis Berinti Gula Melaka, Kebab Istimewa Berempah, Murtabak Lazat Ala Bazar, Muruku Berempah dan banyak lagi masakan tradisi yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Tujuan program ini bukan sekadar belajar memasak, tapi juga mengeratkan ukhuwah sesama pelajar dan memanfaatkan masa dengan aktiviti positif di persekitaran kampus di samping mengimarahkan surau. Selain kemudahan dan kursus kemahiran bertaraf industri, pelajar yang tidak pulang ke kampung tetap ada aktiviti menarik seperti ini.Tidak bosan, tidak rasa terpinggir. Malah, dapat kemahiran bonus yang boleh bawa ke alam pekerjaan atau perniagaan kelak.

Skip to content