07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Penjaga Jentera Elektrik ADTEC JTM Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Modul Talian Atas Voltan Rendah bermula 19 April 2025 hingga 18 Mei 2025, dimana program ini telah disertai oleh seramai 20 orang peserta yang mempunyai latar belakang dan pengetahuan tentang elektrik khususnya yang telah memegang Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 atau Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A1. Program ini telah dijalankan secara bersemuka di ILP Pasir Gudang dan disampaikan oleh pengajar En Mohd Khairul bin Ramlan dan En Mohd J Sen bin Alias dari bahagian Penjaga Jentera Elektrik. Pembelajaran adalah merangkumi aspek teori, amali dan lisan bagi melayakkan mereka menduduki Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A4 oleh Suruhanjaya Tenaga.

Matlamat utama kursus ini adalah untuk mewujudkan lebih ramai tenaga mahir dalam Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah kategori A4, memberi peluang kepada pekerja – pekerja industri meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran serta mendapat perakuan kekompetenen Penjaga Jentera Elektrik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, mencapai pembangunan sumber manusia yang diperlukan oleh Suruhanjaya Tenaga secara kualitatif dan kuantitatif dan peningkatan daya saing pekerja secara individu yang berkesan dalam menjalankan kerja dan kemajuan dalam kerjaya.

Kursus ini dijalankan sebagai persediaan peserta untuk meningkatkan tahap kemahiran dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik A4. Mempersiapkan diri peserta kepada alam pekerjaan terutama di dalam sistem pembekalan tenaga elektrik berasaskan talian atas voltan rendah yang digunapakai di Malaysia.

Skip to content