07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Sedili Kecil, 17 Mei 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai telah melaksanakan satu lawatan tinjauan ke Pantai Sedili Kecil, Kota Tinggi bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk perlaksanaan Program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ADTEC.

Lawatan ini diketuai oleh Ts. Dr. Haji Azli Amin Bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, dengan disertai oleh Tuan Haji Zuraidy, TPO ADTEC serta empat orang pegawai ADTEC lain. Program ini turut mendapat sambutan hangat daripada penduduk Kampung Sedili Kecil yang menyambut kehadiran pasukan ESG dengan mesra.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk meninjau lokasi yang sesuai bagi pelaksanaan inisiatif ESG yang menyokong pembangunan lestari, pemerkasaan komuniti setempat dan pemeliharaan alam sekitar. Sepanjang lawatan, pasukan ESG turut berpeluang menyertai aktiviti bersama komuniti seperti menjaring ikan, yang bukan sahaja memberi pengalaman langsung kepada peserta, malah memperkukuh hubungan antara institusi pengajian dan masyarakat setempat.

ADTEC JTM komited untuk menerapkan prinsip ESG dalam setiap perancangannya, dan kolaborasi seperti ini diharap dapat memberikan impak positif kepada alam sekitar serta memperkasa masyarakat luar bandar melalui program pendidikan dan pembangunan komuniti yang mampan.

Skip to content