Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai Bil.1/2025 telah diadakan pada 20 Mei 2025 (Selasa) bagi Bidang Teknologi Rekabentuk Produk Industri, Teknologi Elektronik Industri, Teknologi Instrumen Perindustrian, Teknologi Pembuatan Pemesinan dan Teknologi Pembuatan Perkakasan Dai bertempat di Kampus Senai. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan program TVET, perkongsian dari penasihat industri dan pengesahan soalan peperiksaan akhir amali serta soalan kerja kursus bidang berkaitan. Seramai 8 orang ahli jawatankuasa telah hadir dan mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Khairulnizam bin Zainal Abidin dari Instruments Technology (Johor) Sdn. Bhd. Mesyuarat berakhir dengan lawatan ke bengkel serta perkongsian pengalaman kepada para pelajar semester akhir.
