22 Mei 2025 – Satu perjumpaan telah diadakan antara Pengarah ADTEC JTM PG & Senai dan tiga (3) orang pegawai lantikan MySTEP bagi Kampus Senai. Perjumpaan ini berlangsung di ADTEC JTM Pasir Gudang dan turut dihadiri oleh Pegawai Pegawai Tadbir (K) serta Pembantu Tadbir (PT) yang terlibat dalam pengurusan lantikan.
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memberi penerangan berkenaan skop tugas, proses menandatangani kontrak perjanjian dan Aku Janji. Lantikan MySTEP yang terlibat merangkumi seorang Pegawai Pegawai Tadbir (PPT) Gred N5 dan dua (2) orang Pembantu Tadbir (PT) Gred N1. Kesemua lantikan ini bukan sahaja akan melaksanakan tugas pentadbiran, malah turut berkemahiran dalam membantu kerja-kerja penyelenggaraan.
Perjumpaan ini turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan, memberi penerangan lanjut serta menyelesaikan sebarang pertanyaan. Dalam ucapannya, Pengarah turut menekankan bahawa setiap tugas yang dijalankan merupakan satu bentuk ibadah dalam Islam, dan akan diberi ganjaran sekiranya dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan amanah.
Perjumpaan yang berlangsung selama 30 minit ini turut memberi ruang kepada Pengarah dan pegawai MySTEP untuk beramah mesra dan mewujudkan hubungan kerja yang lebih harmoni.
