07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

JOHOR BAHRU, 22 Mei 2025 – Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui Unit Jalinan Industri (UJI) telah mengadakan satu sesi pembentangan dan perbincangan di Sekolah Agama Kampung Maju Jaya bagi memperkenalkan dan merancang pelaksanaan Program Sekolah Angkat Madani (SAM).

Delegasi JTM yang diketuai oleh Hajah Norlisa Rahmat, Ketua Unit Jalinan Industri merangkap Urusetia Program SAM JTM, telah disambut mesra oleh Ustaz Mohd Fadzly bin Abdul Mutalib, Penyelia Unit Pengurusan Sekolah, PPID Johor Bahru serta Ustazah Noormah binti Asmijan, Guru Besar Sekolah Agama Kampung Maju Jaya.

Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Tuan Haji Zuraidy bin Kadir, TPO ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai serta Encik Muhammad Rizal bin Rahmat, Pengerusi Biro Kebajikan Sekolah Agama Kampung Maju Jaya.

Dalam sesi pembentangan tersebut, Hajah Norlisa telah menerangkan matlamat utama Program SAM yang bertujuan memperkasa komuniti sekolah melalui pelbagai inisiatif pembangunan yang relevan dan mampan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan projek serta skop pelaksanaan program berdasarkan keutamaan dan keperluan semasa sekolah.

Program Sekolah Angkat Madani merupakan satu inisiatif strategik yang memberi tumpuan kepada pembangunan sosial dan ekonomi di peringkat sekolah dan kampung. Ia diharap dapat memberi impak positif kepada institusi pendidikan dan masyarakat setempat melalui pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang telah dirancang.

Program ini dijangka menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan kualiti hidup dan pendidikan, selaras dengan agenda MADANI negara yang mengutamakan pembangunan holistik dan kesejahteraan rakyat.

Skip to content