SENAI, 23 Mei 2025 – Satu sesi Perbincangan Perancangan PdP @Smart Classroom & Digital Classroom peringkat Jabatan Tenaga Manusia (JTM) serta sesi Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) bagi Projek Proof of Concept (POC) Huawei Smart Campus secara Hybrid (Fizikal & Online) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Blok A, dan Huawei Smart Classroom Tingkat 2, Blok A ADTEC JTM Kampus Senai, Johor
Objektif utama program ini adalah untuk menyelaras dan memperincikan perancangan pelaksanaan PdP berteraskan teknologi Smart Classroom di peringkat JTM, sebelum perbincangan lanjut bersama wakil dari pihak Huawei pada sebelah petang.
Sesi sebelah pagi dimulakan dengan perbincangan dalaman antara pihak JTM yang bertujuan untuk menyelaras dan memperincikan perancangan pelaksanaan PdP menggunakan konsep Smart Classroom. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada keperluan teknikal, pedagogi, serta sokongan infrastruktur, sokongan infrastruktur yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan projek perintis ini. Wakil dari ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang/Senai telah membentangkan secara ringkas perancangan pelaksanaan aktiviti PdP yang berkaitan penggunaan Huawei Smart Classroom diikuti dengan pembentangan daripada Kampus Pedas berkenaan perancangan awal pelaksanaan PdP menggunakan kemudahan Huawei Digital Classroom. Sesi ini merupakan langkah penting ke arah transformasi digital dalam sistem latihan kemahiran negara, sejajar dengan inisiatif pendigitalan JTM.
Turut hadir dalam perbincangan perancangan PdP Smart Classroom & Digital Classroom serta UAT projek Huawei Smart Classroom ini secara fizikal adalah wakil dari ibu pejabat Jabatan Tenaga Manusia JTM (Pengarah Unit Bhgn Pengurusan Latihan (BPL), Timb. Pengarah unit Bhgn Kawalan Teknikal (BKT), Ketua Unit Jalinan Industri (UJI), Ketua Unit Caw Teknologi Maklumat (CTM), Peg unit BKT, Peg unit CTM, Wakil ADTEC Kampus Pasir Gudang / Senai (Pengarah, Timb Pengarah Operasi, Pen Pengarah BPSM. 4 ADTEC JTM yang lain sertai perbincangan secara atas talian iaitu Pengarah kampus Pedas, Wakil kampus Perai, kampus Jerantut dan kampus Selandar.
Pada sebelah petang, program diteruskan dengan sesi UAT yang melibatkan pembentangan teknikal dan demonstrasi daripada pihak Huawei serta penyedia platform U-Learning. Pembentangan ini bertujuan untuk memberi gambaran menyeluruh tentang fungsi, potensi, dan keberkesanan sistem Smart Campus dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di institusi latihan di bawah JTM.
Sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JTM dalam meneroka dan mengadaptasi teknologi pintar bagi meningkatkan keberkesanan sistem latihan kemahiran negara, selaras dengan agenda pendigitalan sektor pendidikan dan latihan teknikal (TVET).
