Dalam satu kerjasama yang bermakna antara Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan MyLinE, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, webinar MUET Unleashed: Smash Your Score! telah berlangsung dengan jayanya.
Seramai 60 orang peserta dari seluruh Malaysia, termasuk dari Sarawak, telah menyertai webinar ini yang menjadi wadah dinamik untuk perkongsian ilmu dan pemantapan akademik. Puan Punitha Bangaraiyah, Ketua Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan ADTEC JTM, Kampus Pasir Gudang & Senai telah menjadi moderator program ini dengan cemerlang.
Para peserta berpeluang mendengar perkongsian yang bermanfaat daripada dua penceramah berpengalaman:
• Dr. Hema Rosheny Mustafa, Pengurus MyLinE dan pensyarah di Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UTM, telah berkongsi tentang manfaat menggunakan platform MyLinE bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam MUET. Beliau turut menunjukkan cara untuk log masuk dan menggunakan aktiviti yang tersedia di dalam platform ini, yang merupakan inisiatif kerajaan dan ditawarkan secara percuma kepada calon MUET.
• Puan Norlela Noordin, seorang pendidik berpengalaman dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, telah berkongsi teknik menjawab dan petua praktikal untuk komponen menulis dan bertutur dalam MUET.
Secara keseluruhan, webinar ini amat bermanfaat dan memberikan impak positif kepada para peserta dalam menghadapi peperiksaan MUET. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM, Kampus Pasir Gudang & Senai, serta Timbalan Pengarah Puan Eza Monzaid dan Tuan Haji Zuraidy bin Kadir atas sokongan yang berterusan terhadap penganjuran program seumpama ini.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih yang tulus kepada pasukan penganjur yang berdedikasi, serta Ketua Bahagian yang telah menggalakkan para pelajar semester akhir mereka untuk menyertai webinar ini. Usaha anda semua telah menyumbang kepada kejayaan keseluruhan program ini.
