07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

PASIR GUDANG, 23 Mei 2025 – Unit kokurikulum Briged Bomba dan Penyelamat ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan satu sesi Latihan Kawad Hos Kebombaan. Seramai 36 orang pelajar pelajar semester 1 dari kursus Teknologi Automotif, Teknologi Pembuatan (Pemesinan) dan Teknologi Pembuatan (Perkakasan) telah mengambil bahagian dalam latihan ini dibawah pemantauan serta bimbingan 4 orang pegawai penyelaras yang juga merupakan pengawal and pegawai insiden institut yang bertauliah iaitu En Mohammad Ridzuan Kasnaini, Cik Siti Suraya Hani Mohd Juar, Puan Harmaninda binti Haron dan En Mohamad Nazreen bin Mohd Kamal.

Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kemahiran asas kepada pelajar dalam pengendalian hos bomba secara profesional dan berdisiplin. Antara pengisian latihan termasuk teknik menggulung dan menghulur hos, formasi kawad hos, serta penggunaan nozel dalam simulasi pemadaman kebakaran.

Sepanjang latihan, pelajar menunjukkan tahap disiplin dan kerjasama yang baik. Latihan telah dijalankan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Pegawai yang bertugas turut memberi tunjuk ajar secara praktikal bagi memastikan pelajar memahami setiap prosedur yang dijalankan.

Latihan ini telah mencapai objektifnya dalam melatih pelajar dengan kemahiran asas kawad hos kebombaan serta memupuk semangat kerjasama berpasukan dan disiplin dalam kalangan peserta.

Skip to content