07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Johor Bahru, 24 Mei 2025 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bersama ADTEC JTM Batu Pahat telah menyertai Program Madani Rakyat Johor 2025 dengan membuka reruai pameran di ruang pameran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang berlangsung di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru.

Yang Berbahagia Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah berkunjung ke reruai pameran ini, diiringi oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Beliau turut meluangkan masa untuk bergambar bersama para pegawai.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk sesi penerangan mengenai kursus-kursus jangka panjang yang ditawarkan oleh ADTEC serta bimbingan permohonan kemasukan melalui sistem UP_TVET.

Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang latihan teknikal dan vokasional yang ditawarkan, serta menyertai aktiviti interaktif yang disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang masa depan anda dalam bidang TVET!

Skip to content