07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (TAC) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai Bil.2/2025 telah diadakan pada 24 Mei 2025 (Sabtu) bagi Bidang Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal, Teknologi Elektrik, Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Fabrikasi Struktur Logam. Sesi mesyuarat ini telah dijalankan bertempat di Kampus Pasir Gudang. Seramsi 3 orang TAC yang terlibat iaitu Tuan Syed Hussein bin Syed Abdullah (Alsagoff Garage Sdn. Bhd), Encik Mohd Yusuf Firdaus Bin Samsuri (Intertek Inspection (Malaysia) Sdn. Bhd.) dan Encik Azlan Bin Sulaiman (Youth Vision Engineering Services Sdn. Bhd.) bersama-sama dengan semua Ketua Bahagian / Wakil Ketua Bahagian bagi bidang terlibat serta urusetia – urusetia dari Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL).

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penambahbaikan pelaksanaan program TVET, mendengar perkongsian daripada penasihat industri, serta mengesahkan soalan peperiksaan akhir amali dan soalan kerja kursus bagi bidang-bidang berkaitan. Mesyuarat telah bermula dengan sesi pengenalan oleh TAC dan berakhir dengan sesi lawatan ke bengkel serta perkongsian pengalaman dan nasihat dari pakar kepada para pelajar semester akhir.

Skip to content