Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG) telah menyertai beberapa aktiviti sempena Majlis Perasmian Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) bertempat di Dataran Mahkota Pasir Gudang, Johor pada 23 hingga 25 Mei 2025:
1. Reruai Pemeran ILPPG (23 – 25 Mei 2025)
ILPPG telah membuka reruai bagi mempromosiksn ILPPG serta memperkenalkan program-program yang ditawarkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengedaran risalah, meja bantuan permohonan kemasukan bagi sesi 2/2025, DIY asas pendawaian elektrik, DIY basic scathing serta pameran hasil kerja pelajar. Turut diadakan cabutan bertuah di mana pengunjung berpeluang memenangi hadiah2 yang ditawarkan dengan menjawab beberapa soalan kuiz berkisar ILPPG.
Sambutan amat menggalakkan daripada para pengunjung, khususnya pelajar sekolah menengah dan belia setempat. Dianggarkan sejumlah 250 orang pengunjung telah hadir di reruai ILPPG sepanjang 3 hari penganjurannya.
2. Majlis Perasmian TMIYC (24 Mei 2025)
Majlis Perasmian TMIYC telah disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Tuan pengarah ILPPG, Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, turut hadir dan terlibat dalam sesi perasmian tersebut bersama pengarah-pengarah institusi pengajian yang lain sekitar pasir gudang dan johor.
3.Program Tangan Emas Kimpalan (24 Mei 2025)
Pihak MBPG dengan kerjasama ILPPG telah menganjurkan Program Tangan Emas Kimpalan. Pertandingan Kimpalan 2G ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah berusia dari 15 hingga 20 tahun. Lebih 20 penyertaan telah diterima daripada pelbagai sekolah sekitar daerah Pasir Gudang. 5 orang pemenang telah dipilih dan berjaya membawa pulang wang tunai, pingat dan sijil penyertaan. Saguhati pula telah diberikan kepada peserta yang tidak berjaya.
Pihak institut juga mengambil kesempatan di program ini dengan mempamerkan hasil kerja peserta-peserta Program Vista Pipe Fitter bagi mempromosikan Program Vista i-Plus yang dijalankan di ILPPG tajaan pihak Petronas.
Aktiviti ini bukan sahaja telah berjaya menarik minat pelajar terhadap bidang kimpalan dan keusahawanan kemahiran namun diharap dapat menjadi satu tarikan kepada belia-belia lepasan sekolah untuk menjadi sebahagian daripada pelajar-pelajar ILPPG.
4.Taklimat Membina Kerjaya di ILPPG (25 Mei 2025)
Pegawai CESS ILPPG, Tc Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab, telah menyampaikan taklimat Membina Kerjaya di ILPPG. Dalam taklimat ini beliau telah memberikan pendedahan kepada para pelajar dan belia yang hadir mengenai hala tuju kerjaya selepas mengikuti latihan kemahiran di ILPPG.
Secara keseluruhannya, penyertaan ILPPG dalam program TMIYC ini telah berjaya mencapai objektif promosi serta memperluas jangkauan maklumat kepada golongan sasaran. Diharapkan penglibatan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara institusi latihan kemahiran dan masyarakat.
