07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

26 Mei 2025 | Pasir Gudang Seramai 11 pegawai ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan merangkumi Bahagian Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Latihan (BPPL) serta Bahagian Pentadbiran dan Kewangan kampus tersebut telah mengadakan lawatan penandaarasan pengurusan asrama ke Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Lawatan tersebut bertujuan meninjau sistem pengurusan asrama PIS yang cekap serta mengenal pasti amalan terbaik dalam aspek disiplin dan kebajikan pelajar.

Pihak PIS yang terdiri daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Puan Rohaida Bt Razi, Penolong Pegawai Tadbir, En. Rozainudin Bin Mohd Lazim serta pegawai pengurusan asrama yang lain telah memberi perkongsian yang baik berkenaan pengurusan asrama PIS. Antara dapatan utama termasuk penggunaan sistem tempahan bilik secara digital, tahap keselamatan tinggi dengan kad akses dan CCTV, serta pelaporan kerosakan berasaskan kod warna. Lawatan ini turut merintis cadangan penambahbaikan seperti digitalisasi urusan asrama dan pengukuhan program sahsiah pelajar.

Secara keseluruhan, lawatan penandaarasan ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi pendedahan berharga berkaitan pengurusan asrama di kampus. Diharapkan segala dapatan serta ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha menambah baik mutu pengurusan asrama di Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Skip to content