07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 27 Mei 2025 – Sebuah bengkel intensif solat jenazah telah berjaya dianjurkan di Surau Al Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Program ini bertujuan untuk memberikan pemahaman menyeluruh tentang kaifiat (tatacara) solat jenazah dan membantu para peserta menguasai hafazan doa-doa yang dilafazkan dalam solat tersebut.

Antara topik utama yang disampaikan ialah langkah-langkah mendirikan solat jenazah dengan betul dan hafazan doa-doa penting dalam solat jenazah. Semua peserta menunjukkan komitmen tinggi dengan berjaya mencapai 100% hafazan doa-doa solat jenazah pada akhir program.

Program ini turut memberi ruang untuk sesi soal jawab bagi memastikan para peserta benar-benar memahami kaifiat solat jenazah dengan lengkap. Sebagai penghargaan atas usaha dan dedikasi peserta, program ditutup dengan jamuan ringkas yang mengeratkan ukhuwah.

Program seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kefahaman dan keyakinan peserta dalam melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah, khususnya dalam memimpin solat jenazah.

Skip to content