Pasir Gudang, 28 Mei 2025 – Program TOT Sinus Relief telah berjaya dilaksanakan di Surau Al Mawaddah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dengan jayanya. Program ini dikendalikan oleh Saudara Muhammad Mustaqim Bin Amir Shamsuddin, pelajar Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal), yang berpengalaman luas dalam merawat resdung di kampungnya.
Matlamat utama program ini adalah untuk melatih para pelajar yang berminat dalam kemahiran rawatan resdung. Ia juga bertujuan membantu mereka memahami teknik rawatan tradisional resdung yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan akibat resdung.
Selain itu, program ini menjadi inisiatif yang mempelbagaikan aktiviti di Surau Al Mawaddah, menggalakkan suasana pembelajaran yang bermanfaat dan harmoni. Peserta diberikan pendedahan praktikal dan teori bagi memastikan mereka benar-benar menguasai kaedah rawatan resdung dengan betul.
Program TOT Sinus Relief ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pelajar, seterusnya memupuk semangat berkongsi ilmu dan membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah resdung.
