28 & 29 Mei 2025. Seramai 25 orang kakitangan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan ADTEC JTM Kampus Senai telah menghadiri Kursus Safety In Use of Chemical and Chemical Health Risk Assesment yang diadakan di Dewan Kuliah Utama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Kursus 2 hari ini diadakan bagi memberikan kesedaran kepada semua staff ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai mengenai pengurusan bahan kimia, bahaya dan kesan penggunaan bahan kimia kepada kesihatan, kaedah kawalan dan PPE yang sesuai, akta dan peraturan yang berkaitan dengan bahan kimia, pelan persediaan yang perlu dilaksanakan jika berlaku kecemasan yang melibatkan bahan kimia dan sesi Chemical and Chemical Health Risk Assesment oleh pengapit CHRA bertauliah. Kursus ini dijalankan oleh Jurulatih dan Pengapit CHRA bertauliah yang diiktiraf oleh pihak JKKP iaitu Ts. Shahrulnizam Bin Jamen dari Ibu Pejabat NIOSH Bangi dan dibantu oleh En Mohd Arif Afzan Bin Mohd Zain dari NIOSH Johor.
