07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Johor Bahru, 31 Mei 2025: ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah dijemput sebagai pempamer untuk memberi pendedahan kursus yang dijalankan di Institut ini. Program ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh kepada masyarakat mengenai laluan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), sejajar dengan usaha memperkasa belia dalam bidang kemahiran dan kerjaya masa hadapan.

Antara rakan strategik TVET yang terlibat sebagai pempamer adalah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kolej Komuniti Pasir Gudang, Bandar Penawar dan Segamat, Institut Kemahiran MARA (IKM) @ Tebrau, JSkills (dahulu PUSPATRI), dan Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Program ini turut mendapat sokongan daripada agensi berkaitan pembangunan sosial dan pendidikan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT).

Majlis diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Johor Bahru, YBhg. Datuk Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman selaku tetamu kehormat yang turut menunjukkan sokongan padu terhadap pembangunan pendidikan kemahiran di peringkat akar umbi serta menguatkan komitmen MBJB dalam memacu pembangunan sosial inklusif dan pengukuhan kemahiran teknikal belia Johor Bahru.

Program ini melibatkan lebih 300 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari beberapa sekolah menengah dan belia sekitar Johor Bahru, memberi pendedahan langsung kepada mereka mengenai peluang kerjaya dalam bidang TVET yang semakin relevan dan menjadi pilihan utama selepas SPM.

Dengan kerjasama pelbagai pihak, MBJB menerusi inisiatif Local Agenda 21 terus berusaha memacu pembangunan sosial yang inklusif, berpaksikan kepada pengukuhan kemahiran teknikal demi masa depan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya yang progresif dan mampan.

Skip to content