07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Johor Bahru, 31 Mei 2025 – Pasukan Robot (SCORP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menyertai pertandingan National Robotics League (NRL) 2025.

Pertandingan yang berlangsung meriah di Paradigm Mall, Johor Bahru ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Jafni bin Md Shukor, dan menyaksikan penyertaan seramai 33 pasukan termasuk dari luar negara iaitu Indonesia, menjadikan saingan lebih mencabar dan bertaraf antarabangsa.

Pasukan SCORP menghantar 3 penyertaan dalam kategori Robot Sumo 1kg RC, dengan keanggotaan seramai 6 orang pelajar dan 4 pegawai pengiring yang mewakili ADTEC JTM Kampus Pasir GUDANG & Senai di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Dalam saingan yang sengit dan kompetitif, pasukan SCORP berjaya melangkah hingga ke peringkat suku akhir dan membawa pulang hadiah saguhati, sekali gus menunjukkan potensi dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar TVET negara.

Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran teknikal yang dipelajari, malah membina keyakinan, kerjasama berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif.

Penglibatan ini sekaligus mengangkat nama ADTEC Pasir Gudang dan Senai sebagai institusi latihan yang aktif melahirkan bakat muda dalam bidang robotik dan teknologi automasi sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Skip to content