07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 3 Jun 2025 (Selasa), Pengarah Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang (ILPPG), Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama Pegawai CESS ILPPG, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab, telah menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Peringkat Zon Selatan yang bertempat di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Program ini merupakan inisiatif Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), KESUMA untuk menyampaikan bantuan kepada kesatuan sekerja serta memperkukuh hubungan strategik antara pihak kementerian dan kesatuan sekerja khususnya di Zon Selatan.

Penyertaan pihak ILPPG dalam majlis ini adalah selaras dengan usaha memperkasa jaringan kerjasama antara institusi latihan kemahiran dan agensi kerajaan, selain menyokong pembangunan sektor sumber manusia negara.

Skip to content