07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Surau Al-Mawaddah, 3 Jun 2025 – Program latihan berfokus tinggi bertajuk “Al-Khitaam Pro: TOT Mandi Jenazah” telah berjaya dianjurkan di Surau Al-Mawaddah pada malam 3 Jun, dari jam 9.00 hingga 10.30 malam.

Seramai 40 orang pelajar senior telah menyertai program ini dengan objektif untuk dilatih sebagai jurulatih (trainer) khusus dalam aspek mandi jenazah, salah satu komponen penting dalam pengurusan jenazah menurut tuntutan fardhu kifayah.

Para peserta diberi pendedahan mendalam berkaitan kaedah, adab, dan prosedur lengkap memandikan jenazah, merangkumi persediaan peralatan, pengurusan mayat lelaki dan perempuan, serta aspek kerohanian yang perlu dititikberatkan semasa proses berlangsung.

Program ini bertujuan melahirkan pelajar senior yang bukan sahaja memahami teori, tetapi juga mampu mempraktikkan dan menyampaikan semula ilmu ini kepada pelajar lain melalui sesi bimbingan susulan dan latihan praktikal berkumpulan.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh pendidikan fardhu kifayah secara sistematik, serta memastikan kesinambungan ilmu ini diteruskan dalam kalangan generasi muda.

Al-Khitaam Pro ini bukan sekadar latihan, ia adalah amanah ilmu akhir yang perlu diwarisi dan disampaikan. Program seumpama ini sudah pasti perlu diteruskan secara berjadual di masa akan datang.

Skip to content