07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Lawatan pada 4 Jun 2025 ini diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif hubungan industri bagi meneroka potensi kerjasama strategik antara ILPPG dan pihak industri, khususnya dalam aspek penempatan pekerjaan pelajar program kemahiran.

Lawatan ke fasiliti pengeluaran turut diadakan untuk meninjau persekitaran kerja dan keperluan kemahiran selain pertukaran pandangan berkenaan peluang latihan industri dan penempatan pekerjaan bagi pelatih ILPPG

Pihak kilang menyambut baik cadangan kerjasama dan terbuka untuk menerima pelatih ILPPG bagi program latihan industri. Potensi penempatan pekerjaan dalam sektor operasi dan penyelenggaraan turut dikenal pasti. Lawatan ini berjaya membuka peluang baharu dalam memperkukuh hubungan strategik antara ILPPG dan industri, sejajar dengan matlamat melahirkan tenaga kerja mahir yang menepati keperluan pasaran.

Skip to content