Lawatan dari Syarikat Armstrong Electronic (M) Sdn. Bhd. ke ILP Pasir Gudang pada 5 Jun 2025 bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar jurusan Tool and Die serta Industrial Product Design mengenai peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Di samping taklimat kerjaya, sesi temuduga turut dijalankan bagi menilai pelajar yang berpotensi untuk diserap ke dalam industri.
Wakil syarikat iaitu Mr. Patrick (Pengurus Sumber Manusia) dan Mr. Lawrence (Pengurus Pengeluaran) telah memberi penerangan menyeluruh mengenai latar belakang syarikat, proses pengilangan, peluang pekerjaan dan syarat kemasukan. Pelajar turut mengambil peluang untuk bertanya soalan mengenai bidang kerja, kemahiran yang diperlukan serta budaya kerja dalam syarikat.
Seramai 10 orang pelajar dari jurusan Tool and Die serta Industrial Product Design telah dipilih untuk menjalani temuduga terus dengan pihak syarikat. Pihak ILP Pasir Gudang melalui Bahagian CESS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Armstrong Electronic (M) Sdn. Bhd. atas kesudian mengadakan sesi taklimat dan temuduga di institut ini.
